Gempricon » 2008 » November

Archive for November, 2008

Blog Ini Sudah Ada Dua MOD ;)

Salam semua ;)

Untuk pengetahuan semua orang… Belog ini kini sudah tambah seorang lagi family, nama dia BABY COMEL. Comel ke? :P Bagi aku dia sangat-sangat comel la!

Aku harap korang semua pun gembira ye…

Siapa Baby Comel tu? Tanya dia sendiri la ye… Kalau aku cakap lebih nanti dia majuk plak. ahaks :D

Wassalam.

HARI INI DAN SEMALAM

Salam semua,

Hari ni aku pegi ceramah lesen,amat bosan sekali…tapi hari ini aku hepi…..semalam pula tak hepi…everything red….

okay ar,ni je nak cite…LOVE

mylife_LOVE
mylife_LOVE

Yea.. Yea… Dapat lesen “L”!

Salam semua…

Mesti korang ingat aku yang dapat lesen “L” kan? Salah tu… :)

Aweks sayang aku la yang dapat, tapi FYI itu dah masuk kali yang ketiga baru lulus… hahah :D Macam lawakkan? Tapi tak pe la, aku rasa ramai lagi yang kat luar sana ambik sampai sepuluh kali pun tak pernah lulus, betul?

Pengalaman aku dulu, sekali je dah lulus. Itu pun cukup-cukup makan je, 84% sama la markah dengan aweks aku ni… yang bezanya, aku ambik sekali dia ambik 3 kali. :P

Okay la, ari ni itu je aku nak update ok!

Wassalam.

Kenapa Aweks, kerja dan dot dot dot?

Salam semua.

Dengan rasa bersyukur dan bangga, hari ini secara rasminya blog ini di wujudkan. :)

Kenapa tajuk blog ni Aweks, kerja dan … ? Korang rasa kenapa ye? Okay, biar aku jelaskan. Hidup aku sekarang banyak dipengaruhi oleh awek aku. Aku sayang dia sangat, dialah yang banyak membantu ketika aku susah, menemani aku ketika kesunyian, dan gembirakan aku ketika aku bersedih… bak kata orang susah senang kami harungi bersama. ;)

Keduanya, aku adalah seorang pekerja yang bertanggungjawab. Kalau korang juga bekerja mesti korang sedar, yang masa seharian korang banyak dihabiskan ditempat kerja, betul? Selain tu, 2 hingga 3 jam lagi waktu kita banyak dihabiskan atas jalanraya untuk pergi dan balik kerja, betul? Berapa jam je waktu korang kat rumah? Itu pun kalau korang ada rumah la. :P

Dot dot dot tu pula apa-apa aje tentang life aku, tentang family aku, kawan-kawan aku, negara aku, dan apa saje yang berlaku di sekeliling aku…

Ya, blog ini lebih kepada kehidupan peribadi (diari online) aku. Selain tu aku akan selitkan juga isu-isu semasa, nanti takde la korang boring sangat, lagi pun sape la yang nak ambil tahu sangat tentang diri aku. Lain la kalau aku ni Farid Kamil, atau Norman Hakim. :)

Okay semua, kalau ada sape-sape nak exchange link dengan aku dipersilakan. Kalau boleh biarlah blog yang sama “niche”, iaitu blog peribadi sahaja ye. ;)

Wassalam…